Monday, May 17, 2010

13 mei yg lepas,aku ke selangor utk mghadiri interview. interviewer aku adalah panel 3, seorang lelaki. muda, dlm 20++.. ntah la nape,perasaan berdebar dup dap dup dap cam mock interview yg aku join mase sem 3 kt uitm dulu xterase pun hari tuh. ada 3 sebb konkrit yg mgkin mjadi penyebabnya. pertama, ini bukanlah interview aku yg pertama. kedua, mgkin aku yakin aku dapat kowt. ketiga, interviewer itu lelaki. aku sebenarnya serik berjumpa dgn interviewer perempuan. adalah sebab2 nya,biarlah aku simpan. bukan semua,hanya segelintir,, tapi yg pasti utk apa2 urusan,aku lebih suka utk tidak berurusan dgn perempuan. bukan gatal k ~
soalan yg dia tanya, pasal diri, family, kokurikulum... biasa la tu. pastu die tanya isu semasa. aku pun ckp la psl thomas cup n pilihanraya. dua2 isu semasa aku kantoi. aku ckp hafiz hashim menang lawan denmark di thomas cup.aku xtgk pun,cuma dgr sepupu aku duk bercerita. last2 dia dpt perangkap aku,so terpaksa la aku ngaku yg aku xtgk pun.. pasal pilihanraya plak,die tanya bila tarikh mengundi,,?dgn muka kesian,aku pun jwb,, er,xpasti la encik.. harapkan keajaiban jela..selain tuh,die ade tanya sape menteri besar selangor n daerah2 yg ada di selangor. hentam jela labu...
soalan interview aku xbyk berkisar dgn fokus utama objektif permohonan aku. lepas aku ckp aku nak sambung degree dalam bidang insurans, interviewer tuh macam xberkenan. dia tanya kenapa aku pilih insurans? apa yg aku tau pasal insurans? apa yg aku nampak diri aku pada insurans? apa pendapat aku tentang insurans kt malaysia ni? why not islamic banking or macroeconomics?~ soalan die buat aku pikir panjang sehingga skrg
lumrah org bijak,dia akan menghalang tanpa berterus terang dan aku bukan la bodoh sgt sampai xpaham apa sbenarnya die nak sampaikan. akhirnya,aku berkeputusan utk lupakan insurans.. ada hikmah juga aku ke sana. sekalipun aku xberjaya temuduga tersebut, sekurang2nya aku tahu kemana halatuju aku selepas ini. pandangan yg samar dan kabur sebelum ini, semakin jelas dan aku kembali yakin utk melaluinya biarpun sendiri..!

Friday, May 7, 2010

borim..


dah 3 hari aku melepak kt umah.. borim plak rasenye.. rasenye mase aku kt umah ni byk aku spent dgn melakukan benda2 yg xpekdah. aku x tau nak buat ape sbenarnya.. keje2 umah awal2 lg ma n kakak aku buat.aku tgk jela..huhu.bukan aku taknak tolong, cuma bg chance kt dorg kutip pahala..almaklum la,aku ni kan dh dijamin masuk syurga..huhu.
kakak aku mengandung 8bulan.tp badan die still maintain,xnampak sgt perut die tuh. xsabar aku nk tgk muka anak sedara aku yg pertama neh. aku dh ura2 nak suh die panggil aku ngan panggilan 'auntie' tau.. dalam family,aku adalah 'kak chik'. tp xkan nk suh anak sedara aku panggil mak cik kowt..ape klass!!! so,aku convert ke dlm bi mjadi 'aunT'. bunyik muda sket..hoho!

Monday, May 3, 2010

jika aminulrasyid adikku..

Saya terduduk, terus menangis – rakan Aminulrasyid
Harakahdaily

SHAH ALAM, 29 April: “Allahyarham (Aminulrasyid) memang baik sebab saya kawan dengan dia dari kecil. Keesokan hari sekitar jam 11 atau 12 saya dapat tahu melalui kawan saya, saya terus terduduk, terus menangis,” ujar Mohd Haikal Che Harun, 15, rakan karib Aminulrasyid.

TV Selangor melaporkan suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan remaja yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah (gambar) yang diziarahi tiga rakan karib mangsa dan beberapa pelajar Sekolah Menengah Seksyen 9 di sini, petang semalam.

Mereka termasuk Mohd Haikal duduk secara berkumpulan di sisi kubur allahyarham dan berdoa supaya kejadian yang menimpa mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

Ketika ditemui TV Selangor di tanah perkuburan Seksyen 21 Shah Alam, beliau kelihatan sugul dan menangis apabila ditanya mengenai sifat peribadi arwah.

“Saya kenal allahyarham masa tadika lagi. Masa kecil lagi saya kenal dia. Kami main bola setiap hari, memang rapatlah. Dia memang baik, dia peramah. Mana ada ada merompak-merompak ini, tidak pernah.

“Allahyarham memang baik sebab saya kawan dengan dia dari kecil. Keesokan hari sekitar jam 11 atau 12 saya dapat tahu melalui kawan saya, saya terus terduduk, terus menangis.

“Masa mula-mula tahu saya tak percaya dan petang semalam sudah hendak kebumi. Ramai kawan-kawan tak percaya sebab semalam baru elok-elok main bola. Esok dah tak ada, memang tak percaya.

“Polis memang tak patut la tembak, kalau boleh tembak tayar, ini tembak kepala pula memang tak patutlah,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, Haikal juga mendedahkan beliau hampir menyertai mangsa menaiki kereta pada malam kejadian tetapi entah mengapa menukar fikiran.

“Mula-mula allahyarham mahu pergi Seksyen 7, tengok bola. Dia ajak saya, saya tak ikut. Saya kata pada Aminul, tak payahlah sebab esok sekolah.

"Dia cakap hari ini hari last aku pergi, dia cakap last masa tu, saya tak sedar. Lepas itu betul-betul last, esok dah tak ada,” katanya.

Zaid Zainuddin, 16, pelajar Sekolah Menengah Seksyen 19, juga sedih dan kecewa dengan kejadian berkenaan yang menyebabkan beliau kehilangan seorang rakan karib.

“Saya tak tau nak cakap apa. Dekat sekolah memang rapat dengan dia. Lepas itu dia pergi kejap sebab dulu dia cakap nak belajar sama-sama, nak duduk sama-sama, pergi mana-mana sama-sama, saya sedih bila polis buat macam ni,” katanya.

Zaid marah dan kesal dengan laporan media arus perdana yang sewenang-wenang melabel allahyarham sebagai penjenayah biarpun Aminulrasyid baru berusia 15 tahun dan masih belajar.

“Saya geram dengan berita budak 15 tahun menyamun. Saya tengok berita TV3, Bernama, Astro Awani cakap jumpa parang. Kita orang sedih dan kecewa dengar berita macam itu, tak bolehlah macam tu.

"Kenapa budak ditembak macam itu,” katanya sayu.