Thursday, November 17, 2011

kek coklat kukus


wahhhh..lamanya tak update blog. rinduuuuu.. hekhekhek
okla, memandangkan aku bercuti selama empat bulan maka dengan ini aku bercita-cita mahu meng'update' blog setiap hariiii. wah!! angan2 minah jenin pulak..


hm, raya pun dah abis. masa raya korban hari tu aku ada la berjanji ngan seseorang pasal resepi kek coklat.. seorang ibu muda, yang mengidam kek coklat buatan noona. hahaha.. (ada keRIAKan disitu). btw, mintak maaf banyak2 tau sebab baru ada kesempatan utk berkongsi resepi disini.

senang je nak wat kek coklat. xpaham leh tanya. tp, korang kan golongan cendiakawan,, confirm paham la.. =)


BAHAN A

serbuk/tepung koko 1 cwn
minyak masak 1 cwn
susu cair 1/2 cwn
susu pekat 1/2 cwn
gula 1 cwn


telur (pukul asing) 3 biji

BAHAN B

tepung gandum 1 suku cwn
soda bicarbonate 1/2 sudu besa
baking powder 1/2 sudu besa


CARA BUAT

- campur suma bahan A (kecuali telur) dan panaskan di atas gas sehingga gula cair. masa korang gaul tuh xde bunyi (gula hancur), then benti. jangan tunggu sampai boil plak.sampai gula hancur SAHAJA. ok dah,tutup gas
-masukkan telur yg korang dah pukul asing tuh dalam bahan A td.
-bahan B tuh, korang kena gaul suma sekali sebelum masuk sedikit demi sedikit ke dalam bahan A. masuk suma terus tak leh ke?? oh,,bolehhhh je..! tp kek coklat korang berkemungkinan besar akan berketul2 ler..

double-boiler

-pastu kukus 45 minit. korang check la kek tuh selepas 45 minit ngan pisau kek. kalu cam kek tuh still melekat kat pisau tuh,kira xmasak lagi ler. so,tambah masa..
- lagi satu, masa kukus tuh ,penutup kukus seelok eloknya korang cover ngan kain bersih supaya wap yang naik akan terkumpul kat kain dan tak jatuh atas permukaan kek.
-bagi yang nak ada layer coklat kat atas kek tuh, korang just amik coklat masakan, susu cair , dan minyak sayuran (utk kilat) dgn cara double boiler. tp aku jarang buat layer atas kek sebab lambat leh makan..hahaha
- itu sajaaaaa.. boleh makan daa