Wednesday, November 24, 2010

anda tidak keseorangan.

rase tumpul lak otak neh bila lama xmenulis.. ni pown berkali2 pikir, nak tulis ke taknak??.. last2 nak kan jela walaupun taknak.
...eRK, ape aku cakap neh..? cam keling.!




sad story...?
satu hari yg sengal, adik kecintaan aku,, men sorok2 ngan abg die. beliau dgn suka hatinya memilih bilik aku sebagai lokasi persembunyian strategiknya.. aku mase uh tgh seronak bermandi manda di bilik air.. biasalah,, dah nama pun mandi, menjadi habit aku kuar dari tempat bermanda tros ke bilik dgn hanya bertuala. diringkaskan citer,sesampainya di dalam bilik, aku lock pintu n dgn confidentnye BERRRTUKAAAAAA! ..... punye la berkualiti budak tuh sembunyi sampai aku sendiri xperasan kewujudan beliau disitu.. (aku tanpa pakaian dalam proses bertukar tuh..) setelah proses bertukar itu tamat,aku bertafakur jap kt katil sambil menyanyi. Eh,, berzikir! ..... 2-3minit,, akhirnya beliau bgn dr tempat persembunyian, menunduk, berjalan beberapa langkah dgn rasa bersalah ke pintu,membuka pintu,, dan tanpa apa2 kata, beliau menutup pintu itu kembali dengan jayanya...
Nk story betapa terkejut nye aku sampai kelu lidah untuk beberapa tika. Mataku yg still memandang kearah pintu yg baru ditutup tuh, sengaja aku sayukan.. mengharap keajaiban.. a..aa..mimpi!! mimpi!! aku rase cam nak sepak kepala sendiri dengan kuali... argh!!!
~ feel sorry to my future hubby..sob..sob..

macamana pun, aku xleh salahkan budak tuh.. silap aku gak kerana tidak menjaga aurat kerana yakin keadaan ketika itu 'berseorangan'. aku melupakan malaikat yg sifat mempunyai sifat malu.. aku lupa semua tuh.. actually,,buat2 lupa.. so,,lu tanggung la sendiri..!




sebenarnya dari situ lar pucuk pangkal nape kita dilarang bertelanjang walaupun berseorangan.. tapi, ramai yang xpeduli,, especially time mandi..
Adalah menjadi sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan sekaligus tuntutan ke atas umatnya untuk mandi tidak bertelanjang di hadapan orang ramai. Dalam hadis-hadis diterangkan bahawa apabila Rasulullah mandi, salah seorang isterinya atau anaknya akan memegang kain sebagai pendinding.

Dalam sebuah hadisnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla adalah pemalu dan suka menutupi. Dia menyukai seseorang yang tahu malu dan menutupi dirinya. Oleh itu apabila seseorang daripada kamu mandi, bertutuplah (berlindunglah).


Pernah seseorang bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, bolehkah seseorang itu menampakkan auratnya, yakni bertelanjang apabila dia berseorangan ?

Rasulullah menjawab:


Allah lebih berhak untuk dimalui daripada manusia.


Demikian adalah syari‘at bagi umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.Jadi ikut la syariat yang dianjurkan tuh sebelum apa2 terjadi. Tak kira la,time mandi ke, time tuka baju (bertukar), sentiasa ingat kita tidak berseorangan. Ada yang melihat dan memerhati.. nasehat tok diri sendiri gak neh..Contoh seperti diatas~
Tapi kalu dah beringat,tapi still terjadi benda2 yg x diingini,, kita anggap takdir jela erk..

Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: “Jadilah engkau !” Maka ia terus menjadi (Yasin 36:82)

akhir kata,, ingat selalu bahawa anda tidak pernah keseorangan~

Monday, November 8, 2010

kenapa wanita perlu bertudung??

Many a people ask a question why Muslim women cover up themselves in Hijab/Veil... and here comes the fantabulous answer that helps us understand the importance of Hijab (Purdah - BURKHA- VEIL) Here comes the simplest way of demonstrating the importance of it...
Could it be anyway better than this?





Explanation yang tepat bukan? cantiknya Islam..Islam is the complete way of life..




http://santaisini.blogspot.com

3 lelaki paling jahat..

Tiga lelaki sedang bertanding untuk menentukan siapakan orang paling Jahat di muka bumi.

Lelaki pertama menyerang seorang wanita sampai giginya patah, hidung dan kupingnya berdarah, masih saja dipukuli terus sampai wanita tersebut pingsan. Lalu, dia berkata pada yang lain “Saya lah manusia paling Jahat!!!”

Kemudian, Pria kedua maju dan memperkosa wanita yang pingsan tadi dan terus menyiksanya sampai dia hampir mati. Lalu dia berkata “Tidak ada yang lebih Jahat dari saya!!!”

Pria ketiga, yang dari tadi diam, maju ke depan, dan dengan dingin tersenyum dan berkata: “Akulah Si Paling Jahat, karena aku hanya duduk dan menonton, sedangkan wanita ini adalah saudaraku!”

Wanita itu adalah Lebanon dan Palestina

Lelaki Pertama adalah Israel

Lelaki kedua adalah US dan Barat

Lelaki ketiga adalah dunia Arab dan Islam yang duduk diam dan menonton

Malah ada sebagian masyarakat dari dunia Islam yang mendukung Israel!

dengan menyalahkan Hezballah dan Hamas sebagai pemicu kekerasan di

timur tengah.

Sumber: MILIS ISLAMALTERNATIF

Friday, November 5, 2010

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.



✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



ⅰ- Pemimpin yang adil.



ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.



ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.



ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.



ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".



ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).



ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.





✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.



✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.



✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.



✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.



✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :



ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.



ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.



ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.



(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)



✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.





Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.







☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



sumber: Amar Sufi