Friday, May 27, 2011

kahwin makruh??


Al-kisah al dongeng pada hari ini adalah berkisarkan seorang lelaki (nama dirahsiakan) yg mempunyai peribadi yg sederhana.. wajahnya tenang, ohh! aman dunia melihatnya. hidupnya hanyalah sebatang kara.. kais pagi makan pagi,, kais petang makan petang,, alahaiiiiiii~ sadis2..

*ditambah sedikit banyak perencah utk menyedapkan cerita (hahaha)

Lelaki ni latar belakang dia ade kerumitan sedikit. Ibubapanya bercerai beberapa tahun yang lalu. Oh ya,,bercerai hidup.. sebab? ? hm,, Biasalah,, “tiada cinta lagi”.. kedua ibubapanya masing2 setakat ni masih kekal utk hidup bersendiri.. (xkawin lain)

Nak dipendekkan cerita, berkata la lelaki ini pada suatu hari,,

“Tak nak kahwin,,,, nak anak sendiri,,,, dgn cara yang halal.. BOLEH tak??”

Masa tuh, aku cam nak panggil member2 aku, dgr sekali apa yg sedang aku dgr..! hoi!!! Bukan aku sorang je yg xnak kahwin, tp nak anak okaYYY!!

Penah dulu2 aku oyat kat member aku d same thing, feedback nye,, aku punye insanity diperkotak katikkan oleh beliau-beliau…huh! Tapi aku xleh nak cakap apa coz mereka tidak merasa apa yg aku rasa.

Kita membesar dgn cara yg berlainan, mengalami pengalaman yg tidak serupa dan tentunya cara kita fikir berbeza..

Lelaki diatas mungkin alami keNGERIan dalam perkahwinan. Mak ayah bercerai,, sebab tu la dia tak nak kahwin. Mungkin la kot itu sebabnya.. aku teka je.. =)

Sengaja aku tulis isu taknak kahwin lelaki ni sebab aku rasa cam ada persamaan dgn aku. Cuma sebab jela yang berbeza KOT. Aku bukan menolak perkahwinan. Nabi pun berkahwin . Kalu aku tolak perkahwinan cam aku menolak apa yg nabi buat. Aku tak tolak, Cuma tidak berkeinginan. Harap2 BUAT MASA INI JE KOT.. Cuma xsilap aku hukum asal perkahwinan adalah harus. Tapi hukum boleh berubah ikut keadaan seseorang tuh.

Ø Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.

Ø Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.

Ø Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.

Ø Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.

Takde keinginan untuk berkahwin.. so sekarang aku tergolong dalam golongan yg makruh untuk berkahwin. Maknenye,, buat tak dosa,,tak buat lagi bagus..

Dah banyak dah majlis kahwin saudara, kawan2, aku ge. Akan datang bulan 6 ni, aku akan ikut rombongan perkahwinan abang aku ke johor. Tapi tak tau la kenapa tak bercambah cambah lagi rase nak kahwin tuh. nak caya,caya.. taknak caya,, sila..

Rasanya, ada lagi yg rasa camni kot. Setakat ni, hanya lelaki ni sahaja yg aku jumpa yg merasai cam aku rasa.. sbb tuh aku berani tulis. (ada geng orang kata). saya normal dan waras…

*pst~ aku ada anak sendiri.., tiada suami, cara yg halal.. BAHIA namanya..

Macam mana?? Pikir la sendiri…