Sunday, September 16, 2012

ADA APA PADA NAMA

NAMA OHH NAMA..
ada apa pada nama??
macam2 adaaaaaaaaaaaa...
salah satu daripadanya adalah MAKNA

Soalan fevret org tanya aku, asal nama NOONA ASRAR?
NOONA itu maksudnya kakak
ASRAR itu maksudnya terpelihara, tersembunyi, rahsia

jgn tanya lagi!


soalan: kenapa tak guna nama betul? x appreciate ke nama ma abah bagi??
jawapan: bukan x appreciate. tapi kadang2 kita perlu sesuatu utk nyatakan identiti diri.

kalo i guna nama betul, u all jgk yg susah nanti. kalu buh nama MARIAH, try u all google, bape juta MARIAH yg ada dalam dunia ni. kalo u all google NOONA ASRAR,, tup2 truih dapat jumpa i.. kan senang tu kalo nak jejak kasih ka apa ka..haish! 

lagipon, xda la teruk sgt nama NOONA ASRAR tu.. suwet ja i rasa..hakhak! =p

oh ya, MARIAH maksudnya YANG INDAH..., seINDAH empunya gerangan nama. 
tudiaaa,, mampu lawan ayat aku?? hahaha




kembali kepada tajuk..

so, begitulah ye. nama ni ada maknanya. Nama tu simbol khusus yang dapat membezakan seseorang itu dengan orang lain. Dgn nama tu la dia akan dikenali, dan dgn nama tu jugalah dia akan dipanggil pada hari kiamat kelak. nama jugak dapat mpengaruhi keperibadian atau mencerminkan sifat orang yg empunya nama. mungkin sbb berlaku penyesuaian antara nama dan keperibadiannya apabila seringkali namanya itu disebut ketika memanggilnya. so, panggil orang tu elok2.



 “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”


(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

korang tentunya tau makna nama korang kan. masakan enggak tau..
nih, aku sertakan makna juga, tapi makna huruf AWAL PANGGILAN nama korang. boleh la kalo korang nak check ka, apa ka. baca sekadar pengetahuan ja ya, bukan kepercayaan. yang lebih, kekalkan. yang kurang, perbaikkan. korang lg kenal diri korang sapa.. =)

kalu nama korang MUHAMMAD ROSHAM NOR, tapi orang panggil JEBON, maka sila terus ke huruf J ya. bukan M. kalo you all ada banyak nama pulak?? banyak panggilan??  hah, try la pi satu2.. mungkin suma perangai u all ada disitu.. saya dah cubaaaa =)

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G 
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.


Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.


Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.


N
 
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.


Q
 
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S
 
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U
 
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V 
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W
 
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X
 
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Wednesday, September 12, 2012

TIADA TAJUK

Dear, blog.. apa dah jadi dgn ko ni blog??  sameeeeeeeee je. xda perubahan! xda kemajuan!! sape tuan ko?sape?? pemalas! lazy!! kamon la noona, jgn lazy2 lama sgt. tulis something.. u ada raaaamaiiii peminat dan blog's stalker diluar sana yg nk menunggu 'khazanah tersembunyi ' blog's updates! (kununnnn) hakhak!

haa..apa?? apa??? xbetul ka apa aku cakap. korang sdg baca blog aku, kira peminat aku la tuuu.. u minat i eaaa??? hahaha. yang pasti, sy yakin dan percaya, mira edora peminat no satu i. dia mesti baca punya lah!  (kompiden gila) hehehe. so, i xnak biaq dia tunggu lama.. aku akan tulis something jgk la pada harini,  even something's nothing.. keranamu mira edora sayamm =)

jari2 mu, ku inaikan..masihkah kau egt?? :p


kali ni nk buat cita apa ya? xda tajuk specific.. apa kuar kt otak, taip. nk baca, baca. xmo sudah!

nama shayer noona asrar. umo 22. shayer syinggel. anak baru dua. seekor telah merderhaka pada aku dan beliau telah melarikan diri dari rumah. kompem beliau tak dpt mencium bau syurga yg brada dibwah tapak kaki aku! =P aku sdg buat degree di uitm kedah dalam course islamic bank. sudah satu sem brada di kedah. dan aku bahagia disini.. aceli kat mana2 pon aku bahagia rasanya. kebahagian terletak di hati, bkn terletak dimana tempat kita berdiri..ini noona la,, boleh hidup dimana-mana.! tudiaaaa! kemaihh!!

6 bulan pertama disini, alhamdulillah. segalanya berjalan lancar. kehidupan aku dipermudahkan tuhan. kadang2 terfikir juga, kenapa tuhan baik sangat pada aku.? hah! ni bkn statement tidak bersyukur ye.. aku TER AMAT SANGAT bersyukur dan berterima kasih pada dia. ia hanyalah sekadar pertanyaan dari akal ku yg dangkal. nikmat kurniaanya pada aku sungguh besar malah tidak setimpal  jika ingin dibandingkan dengan amalan aku lakukan terhadap dia. subhanallah, maha pengasihnya tuhan pada aku. ko ader? =P

"Allahumma inni asaluka minal hammi wal hazan, wa audzu bika minal azzi walkasal, wa audzubika minal jubni wal bukhli, wa audzu bika min gholabatid daini wa qohrir rijaal..."

Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari rasa gelisah dan sedih, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan bakhil, dan dari tekanan hutang dan kesewenang-wenangan orang



oh ya.. belum terlewat lg rasanya utk aku ucapkan camat ari raye..raya dh abes?? ahhh! aku raya setaon!!! bila2 leh beraya,bila2 leh mkn rendang, bila2 leh minta maap, paling penting,, bila2 leh mintak duit raya. so bg yg ada niat nk bg duit raya kt aku tuuu, hulur2 lah ye.. tanganku sentiasa terbuka utk menerimanya.365 days per year! hahaha

perkembangan terbaru?? hm, xda apa sgt yg berkembangnya..masih noona yg dulu. cantek, bergaya, anggun, menawan dan menggoda seperti duluu.hakhak! hah, korang xperlu wat mulut itik, kenyataan ok! 

yes! i love myself a lot!!

aku tidak sempurna, tp aku suka diri aku. haa, kata la apa pun. u all xsuka, u all punya pasal. aiman dan noona tak kesah. awak2 suma selalu puji saya. suka ckp sy kalut, sy loqlaq, sy poyo, sy pelik, sy gila, sy eksyen kamen, sy itu dan sy ini.. sy hargai semua puji-pujian itu..mekacih,, lenkali puji lagi...!


itu saja rasanya untuk cerita yg tidak bertajuk pada kali ini.. papai~